Messager

Monday, June 4, 2012

[120604] Flower Miracle Islamic



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dipetang yang mulia nie,
Admin nak berkongsi sesuatu dengan korang tentang keajaiban alam semula jadi yang dicipta yang Maha Esa, Allah S.w.t.

Dimuka bumi ini,
Kehidupan yang hidup bukan hanya manusia,
terdapat juga haiwan serta tumbuhan2 juga hidup di ala mini
Topik utama ialah mengenai tumbuhan yang ajaib yang cukup serta menanjubkan

Iaitu Bunga Azan.




 Ia dipanggil bunga ‘azan’ kerana ia akan mengembang apabila waktu azan dilaungkan.


Bunga Mekar Kembang Saat Azan Bergema

Allah S.W.T telah mencipta setiap kejadian itu penuh dengan kuasaNya dan rahsia yang tidak mampu dirungkaikan keajaiban Yang Maha Esa oleh manusia biasa seperti kita.
Seperti mana dalam firman yang tercatat dalam surah Al-Baqarah, setiap pelusuk di atas langit dan bumi itu, Allah S.W. telah memberikan setiap kenikmatan hidup pada segala hidupan.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal” – Al-Baqarah; 164.

Dalam satu dokumentari yang ditayangkan dalam stesen televisyen CNN juga pernah memaparkan tentang kekuasan Allah di mana sekuntum bunga yang kuncup mekar berkembang saat azan bergema.

Subhanallah!

Keajaiban itu ternyata telah mendapat liputan meluas dari ramai pihak media di Azebaijan, Turki ketika itu hingga tidak mampu menyangkal kuasa Illahi yang menetapkan setiap keunikan hidupan di muka bumi ini.
Malah, tanda kekuasaan dan keajaiban itu bukan sahaja untuk dinikmati oleh manusia, Allah juga telah menetapkan setipa manusia itu untuk sentiasa berfikir tentang keEsaan kuasa Allah dan bersyukur dengan kurniaanNya.
“Kemudian akan kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenara” – Al-Fusilat; 41.


Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.



Credit ; Suara People
Share by ; Human Life Studios



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...