laluku pejamkan mata
ku pekakkan telinga
dari mendengar bisikan dajalmu
merosakkan hari-hari aku
ku tahu kau kaya dengan idea
coba jatuhkan aku dari tangga
menuju ke syurgawi yang penuh dengan
segalanya
janganlah kau ambil kesempatan
disaatku penuh dengan warna kesempitan
tuhan turunkanlah hujan
bersihkan segala kejatuhan
kesempitan kesusahan
kau gantilah gelap hari aku
kerana tak mampu
ku tempuh semua
beratnya bebanan ini
harapan membukit temui pangkal
mencari pintu temui jalan
agak hidup bisa lebih sempurna
sesudah sempurna
No comments:
Post a Comment