lalu perginya aku
menyusuri belantara
berbekalkan idea indah
untuk ku terjemahkan
menyusuri belantara
berbekalkan idea indah
untuk ku terjemahkan
sampai suatu demensi
kaki patah di panah dugaan
datangnya semangat kental didada
bersama cita-cita ingin jadi sepertinya
kaki patah di panah dugaan
datangnya semangat kental didada
bersama cita-cita ingin jadi sepertinya
dan aku pun menyatakan
karya aku
merentasi liku-liku dunia
hanya kerana cinta
karya aku
merentasi liku-liku dunia
hanya kerana cinta
dan aku pun hamba kepada pencipta
melopori segala yang ada
agar yang tersembunyi
terbongkar rahsia alam
yang keruh ku jernihkan
yang jernih ku jaga
melopori segala yang ada
agar yang tersembunyi
terbongkar rahsia alam
yang keruh ku jernihkan
yang jernih ku jaga
lalu impianku pasang
supaya diberi jalan
mengharungi badai
supaya diberi jalan
mengharungi badai
seorang anak seni..
No comments:
Post a Comment