Lain pinggan lain isi
Umpamaku ungkapkan
Pada insan bernama manusia
Yang punya pelbagai sifat
Tak semuanya sempurna
Lain orang lain ragamnya
Ada yang ingan empat
Ada juga sekadar satu
Itulah indahnya ciptaan
Sang pencipta
Tiga demensi satu jalan
Burung diudara
Ikan di air
Kera di darat
Tanpa dia tiada semua
Rambut sama hitam
Hati bukan semuanya sama
Jangan mudah mengeluarkan kata
Takut membunuh sanubari
Adam dan hawa
Ini bukan madah dendam
Mahupun berbisa
Hanya sebuah kata dalam kata
Alang-alang uli
Biar sampai sempurna canainya
ciptaan: nurnilamsari
No comments:
Post a Comment