perlukah aku masih menanti
rasa sekuat ini di minda
jika ianya hanya bagai
angin lalu meniup dedaun
haruskah ku perlu percaya
bahawa kau akan ku punya
walau dalam mimpi masih
lagi tak ku kecapi
hancur segala impian ku bina
untuk hidup denganmu
setelah kau noda
dengan hatimu miliknya
musnah berkecai bagai
kaca berderai ke bumi
hasratku untukku jadikan
kau permaisuri
namun rasa ini tidak
mampuku hapus walau tahu
kau bukan untuk ku.....
biar ia jadi rahsiaku
terpendam selamanya
syafiq
No comments:
Post a Comment